Powered By

Powered by Blogger

Name:
Email Address:

This contact form was created by Freedback.

Monday, July 20, 2009

Panduan Beli Prepaid Dari Mymode


Secara ringkasnya, untuk membeli prepaid di Mymode. Anda hanya perlu menghantar pesanan melalui arahan SMS kepada mana-mana gateway Mymode .Dalam beberapa saat sahaja, anda akan menerima SMS dari pihak Mymode berserta produk yang dipesan. Memang sungguh mudah, cepat dan menjimatkan!

Berikut adalah bagaimana sistem ini dilakukan. Klik pada imej untuk gambar yang lebih besar.


Sebenarnya tiada perbezaan disegi arahan SMS yang perlu dihantar Untuk membeli prepaid bagi tujuan kegunaan sendiri atau dijual kepada pelanggan.

Jika anda hendak membeli untuk kegunaan sendiri, anda boleh gantikan nombor handphone pelanggan dengan nombor handphone anda sendiri.

Terdapat 2 jenis produk utama di Mymode/ MyEcash iaitu berbentuk autoreload dan softpin

Autoreload – nilai top up yang dibeli akan dimasukkan terus ke akaun prepaid pelanggan

Softpin - Pelanggan akan menerima nombor pin 14 digit. Dimana mereka perlu key in nombor tersebut bergantung kepada arahan yang disediakan oleh telco yang digunakan.

Bagi saya, kaedah autoreload adalah lebih mudah dan cepat. Manakala produk sofpin biasanya dibeli sebagai backup sahaja.

1) Membeli reload berbentuk SOFTPIN untuk Maxis, Celcom dan Digi

2) Membeli reload berbentuk AUTORELOAD untuk Maxis dan Celcom

1) Membeli reload berbentuk SOFTPIN untuk Maxis, Celcom dan Digi
Caranya:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI
Contoh: untuk pembelian 1 reload celcom bernilai RM30

1234 C30 1

Hantarkan ke mana-mana GATEWAY Mymode

Rujukan:
1234 = Gantikan dengan PIN 4-digit anda
C10 = Celcom 10. Rujuk jadual kod produk di
1 = Kuantiti yang hendak dibeli
<> = Jarakkan (satu ruang sahaja)

- Anda akan menerima 1 nombor pin 14 digit berserta Serial Number untuk produk yang dipilih

- Jika anda letakkan nilai kuantiti 2 atau lebih (1234 c10 3). Ini bermakna anda akan menerima 3 nombor pin dan serial number. Kaedah ini sesuai jika anda ingin membuat simpanan stok . Hanya salin nombor pin yang diterima dan berikan kepada pelanggan .

Anda juga boleh memberikan nombor pin terus kepada pelanggan (tanpa perlu menyalinnya semula). Hanya gunakan arahan berikut

Caranya:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI<>to<>NoHPpelanggan
Contoh: 1234 C30 1 to 0123456789

Hantarkan ke mana-mana Gateway Mymode

3) Membeli reload berbentuk AUTORELOAD untuk Maxis dan Celcom
Caranya:
a. Pergi ke “Write Message”
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<> to<>NoHPpenerima
Contoh: untuk membeli produk autoreload maxis RM5

1234 M 5 to 0123456789

Send ke mana-mana GATEWAY Mymode

Hanya terdapat sedikit perbezaan kod produk softpin dan autoreload.
Kod produk untuk maxis softpin maxis 10 ialah M10. Manakala
kod produk untuk maxis autoreload ialah M<>10.
Buat masa sekarang, produk digi hanya ada dalam bentuk softpin sahaja

0 comments:

Post a Comment